Home
ID Pengguna

Katalaluan


Pendaftaran Keahlian Baru
New Page 1
Mutiara Kata
Usahlah kamu berbesar diri dengan sesuatu perbuatan yang kamu lakukan, kerana kamu tidak mungkin menembusi bumi dan kamu tidak mungkin menjadi setinggi langit.
Galeri Foto

KOLEKSI

Akses Terbuka

Koleksi akses terbuka terdiri dari bahan-bahan monograf, majalah dan jurnal yang dirujuk pada bila-bila masa sewaktu perpustakaan dibuka.

1. Rujukan
Bahan rujukan perpustakaan termasuklah ensiklopedia, kamus, tesaurus, almanak, buku tahunan, direktori, buku istilah, atlas, gazetir, dsb. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam atau dibawa keluar dari perpustakaan tanpa kebenaran.

2. Rujukan Umum (Open Shelves)
Rujukan UMUM terdiri dari bahan selain rujukan dan yang tidak dikategorikan dalam kategori bahan akses tertutup di bawah . Bahan-bahan dari koleksi ini boleh dipinjam.

3. Terbitan Bersiri
Bahan-bahan terbitan bersiri seperti akhbar, majalah dan jurnal tempatan dan luar negeri juga dilanggan oleh perpustakaan. Bahan-bahan ini ditempatkan di ruang yang berasingan dari koleksi monograf(buku) dan lain-lain.

Akses Tertutup

Koleksi akses tertutup terdiri dari bahan-bahan monograf(buku), tesis, disertasi, manuskrip, akta, majalah, jurnal dan koleksi multimedia. Bahan-bahan ini boleh dirujuk sewaktu perpustakaan dibuka berdasarkan jadual waktu yang berasingan.

1. Red Spot
Bahan yang dikategorikan ke dalam koleksi ini merupakan bahan asas atau bahan yang sering digunakan oleh pengguna sebagai bahan rujukan

2. Koleksi INSTUN
Perpustakaan sedang berusaha untuk menyimpan dan mendapatkan bahan-bahan yang berkaitan dengan INSTUN. Sehubungan itu semua bahan yang mempunyai kaitan dengan bidang tersebut akan diperolehi dan disimpan di Perpustakaan INSTUN. Koleksi ini termasuklah akta, laporan, jurnal, majalah, artikel, kertas persidagan / seminar / bengkel, memorandum dan sebagainya

3. Tesis/Disertasi
Perpustakaan juga akan menyimpan bahan-bahan seperti thesis atau dissertasi yang diperoleh dari pelbagai sumber

4. Koleksi Multimedia
Selain bahan bercetak, koleksi perpustakaan termasuklah bahan bukan cetak seperti cakera padat, slaid, pita audio dan video, multimediakit, transparensi dll

5. Kertas Persidangan/Seminar/Bengkel dsb.
Semua bahan terbitan kertas persidangan, seminar, bengkel atau forum ditempatkan dalam suatu koleksi yang berasingan.

6. Jurnal
Perpustakaan juga melanggan kepada bahan terbitan bersiri seperti majalah dan jurnal. Bahan-bahan semasa diletakkan di atas rak di bahagian akses tertutup manakala bahan-bahan retrospektif atau terkebelakang dijilid dan ditempatkan di rak yang berasingan. Suatu indeks disediakan bagi memudahkan pengguna mengenalpasti judul bahan yang diperlukan.