PERKHIDMATAN
1. Rujukan
Rujukan di perpustakaan boleh dibuat semasa perpustakaan beroperasi
2. Waktu Perkhidmatan
Waktu perkhidmatannya berdasarkan kepada jadual dibawah
Waktu Perkhidmatan |
| Isnin - Khamis |
8.30 pagi - 1.00 ptg |
2.00 ptg - 7.00 ptg* |
| Jumaat |
8.30 pagi - 12.00 tgh |
3.00 ptg - 5.00 ptg* |
| Cuti Umum |
Tutup |
|
*Mengikut keperluan peserta kursus
3. Pinjaman
Semua pengguna yang berdaftar layak untuk membuat pinjaman berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan.
a. Kelayakan Pinjaman
| Kategori Ahli |
Jumlah Bahan |
Tempoh |
| Kumpulan Pengurusan dan Profesional |
15 |
30 hari |
| Kumpulan Sokongan |
10 |
30 hari |
| Peserta kursus |
3 |
Mengikut Tempoh Kursus |
b. Syarat pinjaman
Syarat UMUM Pinjaman
Pinjaman hanya kepada kakitangan atau ahli yang layak meminjam sahaja. Pinjaman bahan tidak boleh dibuat oleh ahli yang taraf keahliannya digantung. Keahlian perpustakaan boleh digantung kerana beberapa sebab diantaranya tidak membayar denda perpustakaan, masih mempunyai bahan yang belum dipulangkan walaupun tarikh tamat telah tiba,dan yang masih dalam tindakan disiplin.
Rak Terbuka dan Awam
Semua ahli layak meminjam berdasarkan kelayakan mengikut kategori keahlian masing-masing. Pinjaman bahan boleh diperbaharui sebanyak 3 kali berturut-turut berdasarkan syarat-syarat sedia ada.
Red Spot dan Rujukan
Koleksi tersebut tidak boleh dipinjam. Bahan tersebut hanya boleh dirujuk di dalam perpustakaan sahaja
Denda
Rak Terbuka/Umum |
| Minggu Pertama |
10 sen sehari |
| Minggu Kedua dan Seterusnya |
20 sen sehari |
Bahan hilang/rosak
Jika bahan hilang atau rosak, peminjam hendaklah memaklumkan kepada perpustakaan dengan seberapa segera. Peminjam dikehendaki membayar harga bahan yang hilang atau rosak 2 kali ganda dari harga asal.
4. Perkhidmatan Rujukan Maklumat
Pengguna yang mempunyai masalah berkaitan dengan perkhidmatan dan koleksi perpustakaan boleh berjumpa dengan pustakawan dan kakitangan petugas kaunter yang bertugas untuk mendapatkan nasihat.
5. Pameran Koleksi Terkini
Perpustakaan akan dari semasa ke semasa mempamerkan bahan-bahan perolehan terbaru kepada pengguna. Bahan-bahan ini tidak boleh dipinjam semasa pameran tetapi tempahan boleh dibuat mengikut peraturan sedia ada.
6. Tempahan
Pengguna boleh membuat tempahan bahan yang masih dalam pinjaman pengguna lain atau bahan yang sedang diipamerkan di rak koleksi terkini dengan mengisi borang tempahan yang telah disediakan.
7. Perkhidmatan Sistem Perbekalan Penerbitan.
Perkhidmatan ini disediakan hanya untuk kakitangan INSTUN sahaja. Kakitangan INSTUN yang hendak menggunakan perkhidmatan ini perlulah mendapatkan permohonan dan kebenaran bertulis dari Ketua Bahagian atau unit masing-masing. Pengguna boleh meminta perpustakaan meminjam bahan samada buku atau artikel atau apa sahaja dari perpustakaan lain sekiranya bahan yang diperlukan tiada dalam koleksi perpustakaan INSTUN. Mereka juga hendaklah menyatakan persetujuan untuk membayar kos fotokopi, pos, telefon, faksimilie dan internet jika berkaitan.
8. Fotokopi
Pengguna boleh membuat salinan sesuatu bahan berdasarkan peraturan hakcipta yang sedia ada. Perkhidmatan fotokopi ini dikendalikan oleh kakitangan perpustakaan.
9. Cetakan dan pindahturun(downloading)
Pengguna dibenarkan membuat (pindahturun)downloading atau cetakan komputer terhadap bahan-bahan yang dicapai melalui pangkalan data, Internet atau CD -ROM. Bayaran akan dikenakan bagi semua cetakan dan pindahturun(downloading). Walau bagaimanapun untuk pindahturun (downloading) pengguna perlu membeli disket sendiri.
10. Capaian Internet
Pengguna diberi kemudahan untuk capaian Internet dan penggunaannya adalah tertakluk kepada peraturan khusus yang dikenakan.
11. Peti simpanan
Perpustakaan menyediakan peti simpanan terbuka di luar pintu masuk perpustakaan. Sila gunakan kemudahan ini untuk menyimpan barang-barang yang tidak dibenarkan dibawa masuk ke dalam perpustakaan.
12. Pendidikan Pengguna
Perpustakaan akan menyediakan satu jadual pendidikan pengguna untuk mendedahkan pengguna kepada aspek pencarian bahan di perpustakaan, CD-ROM, pangkalan data dan Internet.
13. Selective Dissemination of Information (SDI) / Current Awareness Service (CAS)
Perkhidmatan Maklumat Terpilih(SDI) dan Perkhidmatan Kesedaran Semasa (CAS) juga disediakan untuk pengguna. Perkhidmatan ini akan memaklumkan pengguna mengenai sesuatu penemuan baru atau sesuatu maklumat semasa mengenai sesuatu bidang atau minat seorang pengguna.
14. Pengolahan Maklumat (Repackaging of Information)
Perpustakaan akan dari semasa ke semasa akan mengolah semula maklumat yang diterima untuk disesuaikan dengan keperluan pengguna di INSTUN. |